UMLand bangunkan Seri Alam Mall - Utusan Malaysia

UMLand bangunkan Seri Alam Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Okt. – United Malayan Land Bhd. (UMLand) akan membangunkan sebuah pusat beli-belah, Seri Alam Mall dengan kos lebih RM100 juta di Bandar Seri Alam.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Perbandaran UMLand Seri Alam, Frankie Tan berkata, projek berkeluasan lebih 46,000 meter persegi itu akan bermula pada suku pertama tahun depan.

Menurutnya, projek yang dijangka siap pada suku pertama 2021 bakal dilengkapi dengan pelbagai premis antaranya makanan, runcit, hiburan dan gaya hidup daripada jenama ter­kenal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara penyewa utama di Seri Alam Mall ialah TGV Cinemas, pasar raya besar Village Grocer, Bread Talk, Toast Box, Morganfield’s, Gogirou Korean BBQ dan Romantika Home Decor,” katanya pada majlis menandatangani pajakan kedai Seri Alam Mall yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung di Galeri Jualan Seri Alam, dekat sini hari ini.

Frankie berkata, Seri Alam Mall itu apabila siap kelak diyakini dapat memenuhi pelbagai keperluan penduduk di kawasan itu dan Pasir Gudang yang populasinya kini seramai 220,000 selain tempat yang boleh dikunjungi seisi keluarga.

Katanya, pembangunan pusat beli-belah itu bakal merancakkan lagi pertumbuhan di kawasan terlibat.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, UMLand mempunyai 323 hektar tanah di kawasan Bandar Seri Alam yang akan dibangunkan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Pihaknya masih memberi tumpuan terhadap pembangunan perumahan sebagai komponen utama di kawasan itu selain apartmen dan pusat ko­mersial bercampur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini