BAITUL MAQDIS (Palestin) – Umat Islam di seluruh dunia diseru untuk terus mengunjungi Masjid Al-Aqsa walaupun menghadapi tekanan tentera Israel kerana melalui cara itulah masjid ketiga suci orang Islam itu dapat dipertahankan. Mufti Besar Baitul Maqdis Sheikh Mohammad Ahmad Husein berkata, kunjungan yang tidak putus-putus secara tidak langsung akan menunjukkan tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Ketika membuat seruan itu beliau berkata pada masa ini penduduk Palestin semakin terancam dan…










