ROMPIN – Maritim Malaysia (APMM) Pahang berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 10 tong berisi ular laut dan 46 karton arak apabila menahan sebuah bot dinaiki lapan nelayan asing di perairan Tanjung Gemok di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, bot nelayan itu ditahan kira-kira 20 batu nautika di perairan itu dan ia merupakan operasi kali pertama APMM negeri ini melibatkan penyeludupan arak dan haiwan eksotik.
Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Pahang, Kepten V. Pannir Selvan berkata, bot berkenaan dinaiki lapan nelayan termasuk seorang tekong yang kesemuanya warga Vietnam berusia 25 hingga 35 tahun.
“Berdasarkan hasil risikan, bot berkenaan didapati cuba menyeludup masuk 46 karton arak dengan jenama tidak dikenali dari luar negara dan 10 tong berisi ular laut yang dipercayai cuba diseludup keluar untuk pasaran Vietnam.
“Kita turut menjumpai tiga tan sotong gred A yang difahamkan turut cuba diseludup keluar. Keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM300,000,” katanya pada sidang akhbar mengenai tangkapan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










