Ujian rumah tangga Diana Danielle - Utusan Malaysia

Ujian rumah tangga Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKAHWINAN yang berdepan dugaan itu akan menjadikan sesebuah rumah tangga lebih indah dan matang berbanding yang sentiasa gembira tanpa masalah.

Setiap cubaan yang datang pula perlu dihadapi dengan sabar oleh setiap pasangan. Usah mengeruhkan lagi keadaan.

Itu pesan utama pelakon Datin Diana Danielle terhadap mana-mana wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak dulu lagi saya percaya yang jodoh pertemuan itu suratan takdir. Saya berkahwin dengan suami, bukan kerana dia seorang lelaki romantis, kacak atau popular. Sebaliknya kami bernikah selepas bersedia dan yakin dapat memikul tanggungjawab.

“Kepada yang ingin berkah­win, pesan saya, jangan kerana hanya kerana keinginan hati, dipaksa atau tergesa-gesa. Biarlah, dengan niat yang baik, tidak kira muda atau tua,” jelas aktres jelita yang juga isteri pelakon Datuk Farid Kamil ini. Setelah berkahwin lebih lima tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Farid Kamil dan Nur Aurora Farid Kamil.

“Insya-Allah, mahu tambah anak dalam beberapa tahun lagi.

Kalau dapat tiga atau empat orang anak, jadilah.

“Kalau boleh mahu lebih anak lelaki. Harapnya dengan adanya hero-hero, dapat menjaga anak perempuan juga pada hari tua saya dan suami,” tambah si jelita berusia 27 tahun ini lagi.

Mengenai banyak mulut sekeliling yang masih berteka teki, tentang isu rumah tangganya, Diana tidak mudah melatah.

“Sebagai artis, lumrah lah akan jadi perhatian sekeliling yang nak tahu tentang apa saja. Apatah lagi tentang perkahwinan.

“Sayangnya, ada yang sibuk bercerita hal tidak benar. Nasihat saya, lebih baik menjaga rumah tangga sendiri berbanding sibuk nak mencari masalah orang.

“Dan kalau mereka lebih bercakap tentang suami saya kerana tindakan (kerana isu dikhianati sebelum ini) mencari keadilan bagi dirinya, janganlah sampai ada yang bercerita hal tidak benar.

“Saya lebih kenal suami saya. Yang tak duduk di tempatnya tidak berhak membicarakan masalahnya. Macam yang saya katakan awal tadi, apa yang telah dilalui kami, kian membahagiakan walaupun ada yang berburuk sangka,” cerita Diana.

Suami suka menyakat

Apabila diajak bercerita tentang suami dan anak-anak, ini adalah topik yang paling menggembirakan wanita jelita ini.

“Suami, di rumah menjalankan tugas seorang ayah dengan baik. Dia peramah berbanding dirinya dilihat orang dan agak pendiam di luar. Dia pun suka mengusik dan menyakat anak-anak.

“Dan sebagai isteri, saya pun tak mahu mengabaikan kewajipan termasuk masuk dapur untuk memasak. Setelah berkahwin, saya cuba meningkatkan kemahiran memasak.

“Kalau saya memasak selera Melayu, suami suka makan nasi tomato, ayam masak merah dan lain-lain. Selain itu, ada saya suka menyediakan juga, menu Barat dan yang sihat untuk keluarga.

“Pada hari minggu ada waktunya saya dan suami juga anak-anak pergi berenang atau membeli belah kalua tidak sibuk dengan kerja.

Tentang jadual kerja saya sebagai pelakon dan penyanyi. Ibu saya akan menasihatkan cara pengurusannya dengan teratur.

Saya dan suami masing-masing tidak terlibat dalam perbincangan soal kerja. Kalau suami dapat tawaran kerja saya tak sibuk mencampuri urusan, begitulah juga suami terhadap saya.

“Tapi saya akan maklumkan mengenai ada tugasan di luar rumah,” cerita Diana yang sedang dalam rangka promosi filem terbaharunya, Gol & Gincu (terbitan Red Films) yang akan ditayangkan pertengahan Oktober ini.

Rahsia cantik

“Cantik? Alhamdulillah, dengan kurniaannya kita kena menjaga anugerah diberi dengan baik. Sejujurnya, kalau bekerja di lokasi, hadir ke majlis undangan atau menyanyi, saya sedia untuk bersolek. Kalau di rumah atau tidak bekerja saya lebih selesa tanpa secalit mekap.

“Bagi saya cantik saya tak cukup, perlu utamakan kesihatan diri. Saya melakukan senaman, adakan masa untuk sejam dua bagi berpeluh. Selain itu, ringan tulang, mengemas dan buat kerja rumah. Juga perlu diawasi, menjaga makan dan minum.

“Saya ingin melalui umur yang panjang. Ingin melihat hari tua. Mahu bersama-sama anak-anak membesar. Jadi untuk itu, saya kena peduli soal sihat.

“Dan bicara soal kesihatan, saya tak hanya menjaga diri, tentunya juga suami dan anak-anak,” katanya lagi.

Selepas 13 tahun, Gol & Gincu kembali

Sebagaimana semua maklum, seperti sebelumnya, filem ini membicarakan soal kekeluargaan dan anak muda yang berdepan masalah sekeliling pada hari ini.

“Hari ini macam-macam berita kita baca tentang remaja lelaki dan perempuan . Masalah lelaki yang mengambil kesempatan dan sebagainya yang lain.

“Saya dan Umie Nazira melakonkan watak sebagai Zakiah. Selebihnya, tentang jalan ceritanya Gol & Gincu kali ini, kenalah hadir menonton bersama keluarga di pawagam,” tambahnya yang mendapat pujian hebat kerana lakonan melalui filem Hanyut (arahan Uwei Haji Shaari), sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini