SHAH ALAM – Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan pihaknya perlu menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan mayat yang ditemui di Sungai Kandis, di sini, semalam adalah Amir Hamzah Mohd. Rozali. Menurutnya, ujian tersebut perlu dijalankan memandangkan mayat lelaki yang ditemui tengah hari semalam tanpa sebarang identiti dan tidak boleh dikenal pasti melalui bentuk fizikal. “Berdasarkan keadaan mangsa dipercayai telah meninggal kira-kira empat hingga lima hari…










