PETALING JAYA 22 Okt. – Padah mengugut ingin melanggar bekas teman wanita serta membunuh anak wanita itu, seorang kelindan lori didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas S. Vijaya Surian, 33, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah farmasi di Jalan 21/27 Sea Park di sini kira-kira pukul 5.10 petang, 13 Oktober lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh…










