Tun Mahathir tinjau air terjun Langkawi yang diilhamnya - Utusan Malaysia

Tun Mahathir tinjau air terjun Langkawi yang diilhamnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 20 Okt.- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau keindahan Air Terjun Langkawi yang diilhamkannya dan dibina pada 2003.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berada kira-kira 15 minit menikmati keindahan air terjun tersebut.

Kerja-kerja pembinaan air terjun berkenaan dilakukan pada 2003 oleh Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 2004, air terjun buatan manusia setinggi 66.92 meter itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai air terjun tertinggi buatan manusia di negara ini.

Air terjun ini dibina sebagai satu daripada tarikan pelancong ke pulau legenda itu.

Ia terbahagi kepada tiga aras di mana aras pertama dan kedua dibina di atas terowong jalan manakala aras ketiga pula di atas batu-batan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini