Tular Sultan Melaka: Kerajaan negeri buat laporan polis - Utusan Malaysia

Tular Sultan Melaka: Kerajaan negeri buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 29 Okt. – Satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Ketua Menteri berhubung tindakan seorang individu baharu yang mengaku keturunan Sultan Melaka dengan gelaran Soltan Mansor Shah III seperti yang tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

imbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki yang mewakili kerajaan negeri membuat laporan polis hari ini berkata, tujuan laporan polis dibuat supaya satu siasatan dapat dijalankan terhadap individu terbabit.

Menurutnya, selain itu, kerajaan negeri juga bimbang sekiranya terdapat unsur-unsur lain daripada perkara yang tular itu seperti hinaan kepada institusi atau sebagainya.

“Kandungan laporan tentang apa maklumat yang kita dapat berhubung pemahsyuran sultan dan saya telah buat laporan untuk disoal siasat oleh pihak polis, selebihnya saya tak boleh beri apa-apa maklumat.

“Kenyataan saya akan diambil lanjut oleh polis yang bertugas kemudian baru dia akan nyatakan apa tindakan selanjutnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Ayer Keroh di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN