SURABAYA 23 Okt. – Bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya muncul dengan idea unik bagi menggalakkan penduduknya untuk mengitar semula bahan buangan. Kerajaan tempatan Surabaya menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada sesiapa yang mengitar semula botol plastik terpakai, sebagai pertukaran bagi tambang bas. Di bawah skim yang dilancarkan pada April lalu, orang ramai boleh menaiki bas dengan meletakkan botol plastik terpakai di terminal bas atau membayar tambang secara terus dengan botol.…










