Tukang masak trauma diperkosa, disamun lelaki berseluar dalam - Utusan Malaysia

Tukang masak trauma diperkosa, disamun lelaki berseluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang tukang masak wanita trauma selepas dia dirogol dan disamun apabila rumah sewanya diceroboh seorang penjenayah di Taman Kampung Kolam, Paka dekat sini awal pagi tadi.

Sewaktu kejadian pada pukul 5.40 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun tinggal bersendirian di dalam rumah tersebut kerana suami yang baru dikahwininya lima bulan lalu bekerja di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, wanita terbabit yang tersedar daripada tidur mendapati pintu biliknya telah terbuka.

“Sewaktu mahu menutup semula pintu bilik tidurnya muncul seorang lelaki bertopeng dan hanya memakai seluar dalam.

“Suspek yang bersenjatakan gunting telah memaksa wanita tersebut untuk menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit sebelum menolak mangsa jatuh ke atas tilam,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Baharudin berkata, suspek kemudiannya mengancam dengan meletakkan gunting ke leher mangsa sebelum merogol wanita berkenaan.

“Selepas selesai memperkosa mangsa, suspek telah melarikan diri dengan membawa sebuah telefon bimbit jenis Sony Xperia dan wang tunai RM200 milik mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN