MELAKA – Tujuh gerai jualan yang didapati menjual makanan berasaskan daging babi secara terbuka sempena Ekspo Tastefully Food And Baverage di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini diarahkan ditutup serta-merta hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Abdul Wahab Ibrahim berkata, tindakan drastik itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Mahani Masban. Katanya, kawasan gerai…










