Tugas Jabatan Imigresen tidak tergugat - Utusan Malaysia

Tugas Jabatan Imigresen tidak tergugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI 20 Okt.- Jabatan Imigresen memastikan pihaknya tidak akan tergugat susulan pendakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan pembekalan tender cip pasport.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya akan sentiasa bersiap-siaga bagi memastikan bekalan pasport mencukupi.

“Kita tidak mahu ulas kerana dilihat subjudis, apa yang pasti Jabatan Imigresen akan pastikan stok pasport sentiasa ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Jabatan Imigresen di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.

Sebanyak 30 pasukan dengan 360 orang pemain daripada Jabatan Imigresen di seluruh negara menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semalam, Datuk Seri Zahid Hamidi didakwa sebanyak 45 pertuduhan berjumlah RM114 juta di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Antaranya, pemberian tender 12.5 juta cip pasport kepada Syarikat Mastoro dan Datasonic Group Berhad. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN