Trump ugut tutup sempadan AS-Mexico - Utusan Malaysia

Trump ugut tutup sempadan AS-Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam menghantar pasukan tentera untuk menutup sempadan AS-Mexico bagi menghalang kemasukan imigran secara beramai-ramai yang disifatkan satu retorik antiimigran menjelang pilihan raya Kongres.

Ketika kebanyakan imigran Honduras yang melakukan perjalanan ke Amerika Tengah untuk ke sempadan AS, Trump menyalahkan parti Demokrat kerana didakwa menimbulkan ancaman dengan menggunakan orang ‘Guatemala, Honduras dan El Salvador’.

Pihak Demokrat didakwa membawa pendatang tanpa izin termasuk penjenayah lain itu dengan menggunakan karavan.

“Saya perlu dengan cara tegas meminta Me­xico supaya menghentikan masalah ini dan jika gagal berbuat demikian, maka saya akan mengarahkan tentera AS menutup sempadan selatan kami,” kata­nya.

Trump turut menyifat­kan bahawa dia sanggup meletakkan risiko Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) antara Mexico, AS, Kanada atau dikenali sebagai USMCA.

“Ancaman ke atas negara kami di Sempadan Selatan termasuk unsur-unsur jenayah, dadah adalah lebih penting berban­ding NAFTA dan USMCA,” katanya.

Kira-kira 2,000 imigran Honduras dilaporkan berlepas dari bandar San Pedro Sula dengan menggunakan karavan dan mereka dalam perjalanan ke sempadan AS pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihak berkuasa mengerahkan beratus-ratus polis antirusuhan di sebuah jambatan yang menghala ke sempadan Guatemala. Guatemala juga turut menempatkan anggota polis di beberapa kawasan berhampiran sempadan berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN