Trump rancang hapuskan hak kewarganegaraan anak pendatang - Utusan Malaysia

Trump rancang hapuskan hak kewarganegaraan anak pendatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 30 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk menghapuskan hak kewarganegaraan bagi anak-anak pendatang asing yang dilahirkan di negara itu.

Langkah itu menurut Trump boleh dilaksanakan mengikut Pindaan ke-14 Perlembagaan AS – dengan perintah eksekutif.

Walaupun Trump menegaskan beliau boleh mengubah hak kewarganegaraan itu dengan perintah eksekutif tetapi perlu melalui proses yang panjang bagi meminda Perlembagaan.

“Kami merupakan satu-satunya negara di dunia di mana apabila seseorang masuk ke negara ini, mempunyai anak dan orang itu secara automatiknya adalah rakyat Amerika dan menikmati faedah selama 85 tahun.

“Ia mengarut dan perlu ditamatkan. Pindaan itu masih dalam proses, ia akan berlaku – dengan perintah eksekutif,” kata Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN