Trump mahu bina bandar khemah - Utusan Malaysia

Trump mahu bina bandar khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Pre­siden Donald Trump berkata kelmarin bahawa pentadbirannya akan membina bandar khemah untuk beribu-ribu imigran Amerika Tengah yang kini bergerak me­nuju ke Amerika Syarikat (AS) melalui Mexico.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu wawancara bersama saluran berita AS, Fox News.

“Sekiranya mereka memohon suaka, kami akan menahan mereka sehingga permohonan mereka diputuskan.

“Kami tidak akan membelanjakan ratusan juta dolar untuk membina struktur. Sebaliknya, kami akan mendirikan khemah. Mereka (imigran) akan menunggu di khemah-khemah ini. Sekiranya, permohonan gagal, mereka perlu keluar,” kata Trump.

Tambahnya, pencari-pencari suaka akan terus ditahan sementara menunggu permohonan diproses, manakala langkah itu dapat menghalang pendatang tanpa izin daripada membanjiri AS.

“Apabila imigran lain tahu apa yang berlaku, bilangan imigran yang datang akan lebih berkurangan,” ujar Trump.

Trump berkempen berminggu-minggu dan kerap memainkan isu penghijrahan beramai-ramai imigran Amerika Tengah sekali gus mencetuskan sentimen antipendatang dalam kalangan pengundi.

Beliau dijangka mengadakan 11 perhimpunan politik sepanjang beberapa hari menjelang pilihan raya separuh penggal AS pada 6 November ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN