BUKAN satu situasi yang asing kepada pengguna jalan raya di negara ini apabila melihat lori besar atau pun treler meluncur laju. Ada kalanya pengguna jalan raya rasa tidak selamat apabila ada treler atau lori berada di sebelah, sehingga terpaksa memberi laluan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. Stigma negatif ini sudah lama wujud. Beberapa siri kemalangan membabitkan lori dengan kenderaan lain sehingga meragut nyawa menimbulkan rasa trauma dalam kalangan pengguna jalan raya. Kejadian kemalangan membabitkan sebuah treler yang menghimpit sebuah kenderaan sehingga mengorbankan lima sekeluarga di Terowong Menora Sabtu lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya