Tok Pa suntik semangat moral Bersatu - Utusan Malaysia

Tok Pa suntik semangat moral Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 28 Okt. – Penyertaan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi semangat moral yang tinggi kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.


Ketua Penerangan Bersatu, Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, semangat itu berdasarkan rekod dan sumbangan cemerlang beliau kepada negara dan negeri ini yang tidak dapat dinafikan.


Beliau berkata, ramai lagi pemimpin UMNO terdiri daripada ketua bahagian di negeri ini akan mengikut jejak langkah Mustapa sekali gus melonjakkan kedudukan parti Bersatu.


“Beliau merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, apabila panglimanya keluar parti saya yakin ramai lagi pemimpin di peringkat ketua bahagian akan bersama kita.


“Ini secara tidak langsung menjadi ‘morale booster’ buat Bersatu di negeri ini kerana kita tahu rekod dan sumbangan beliau yang tidak dapat dinafikan lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Perjumpaan Khas bersama Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan negeri di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mustapa yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas merupakan calon tunggal yang akan mewakili PH dalam sidang DUN di negeri ini.


“Beliau akan menjadi ADUN tunggal mewakili PH dalam sidang DUN dan sekurang-kurangnya kita mempunyai wakil.. manalah tahu, dalam sehari dua ini, mungkin ada lagi wakil (UMNO) yang akan bersama dengan kita.


“Hakikatnya, kita sudah ada suara dalam DUN Kelantan dan ahli parlimen dari negeri ini yang mewakili PH,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN