Tok Pa ikhlas, tiada apa-apa hajat - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Tok Pa ikhlas, tiada apa-apa hajat – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 27 Okt. – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ikhlas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiada apa-apa hajat termasuk mahukan jawatan tertentu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mustapa membuat keputusan berkenaan kerana yakin dengan parti selain mahu menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Mustapa awal-awal lagi ketika berjumpa saya menyatakan dia tiada hajat apa-apa tetapi bersedia memberikan apa sahaja demi mengukuhkan Bersatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Serom, Dr. Faizul Amri Adnan dan Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain ada berjumpa dengannya namun tidak membuat apa-apa keputusan.

Ketika ditanya berapa ramai pemimpin UMNO berjumpa dengan beliau, Muhyiddin hanya menghitung jari-jarinya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN