TANGKAK 27 Okt. – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ikhlas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiada apa-apa hajat termasuk mahukan jawatan tertentu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mustapa membuat keputusan berkenaan kerana yakin dengan parti selain mahu menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Mustapa awal-awal lagi ketika berjumpa saya menyatakan dia tiada hajat apa-apa tetapi bersedia memberikan apa sahaja demi mengukuhkan Bersatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di sini, sebentar tadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya