TMJ tidak kenal siapa Suresh Jayaraman - Utusan Malaysia

TMJ tidak kenal siapa Suresh Jayaraman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt.- Layangan dua kad merah, selain mutu pengadilan yang lemah menyaksikan kemeriahan final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu, malam tadi, sedikit terjejas.

Perkara itu turut mendapat perhatian Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui Suresh Jayaraman yang beliau sendiri tidak kenal ditugaskan mengendalikan perlawanan final berkenaan.

Berdasarkan semakan di laman web rasmi FIFA, Jayaraman tidak berada dalam senarai pengadil badan induk bola sepak dunia tersebut.

Tunku Ismail berkata, sudah tiba masanya untuk MFL menggunakan khidmat pengadil luar negara mengendalikan perlawanan penting Liga Malaysia seperti yang telah dilaksanakan di Liga Thailand pada ketika ini.

“Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil dari luar negara untuk perlawanan penting, tetapi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tidak bersetuju.

“Subkhiddin berkata ia seperti memperkecilkan pengadil tempatan. Itu bukan sebabnya. Ini kerana kita perlukan bantuan, anda boleh membaca artikel MFL sebelum ini,” kata Tunku Ismail dalam catatan Twitter terbaharu beliau.

Pada perlawanan akhir, semalam, pengadil tersebut dilihat gagal mengawal perlawanan dengan baik dan membuat beberapa keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan sehingga mencetuskan kemarahan pemain, jurulatih dan juga penyokong yang membanjiri stadium.

Paling sukar diterima ialah keputusan Suresh mengarahkan Gilmar da Silva keluar padang dengan melayangkan kad kuning kedua pada minit ke-56 selepas berlaku insiden pergaduhan pemain di kawasan sepakan penjuru Terengganu.

Namun, 10 minit kemudian tiba giliran pemain tengah Terengganu, Lee Tuck pula dilayangkan kad kuning kedua biarpun sebelum itu beberapa kali terlepas daripada hukuman angkara terjahan dan kekasaran di bahagian tengah padang.

Sementara itu, Perak menamatkan kemarau 18 tahun apabila menjulang Piala Malaysia buat kali kelapan selepas menewaskan Terengganu FC I (TFCI) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat keputusan seri 3-3. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN