Tindakan Tok Pa sudah dijangka - Utusan Malaysia

Tindakan Tok Pa sudah dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Okt. – Tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam sememangnya sudah dijangka awal.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, penyertaan beliau juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana berdasarkan hubungan rapatnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.  

“Waktu beliau keluar UMNO, kita memang sudah jangka kerana hubungan rapatnya dengan pemimpin tersebut.

“Ini masalah peribadi dan merupakan hak masing-masing, kita (Pas) tiada masalah apa-apa. Cuma dari segi politik, beliau perlu berdepan dengan kawan-kawannya dalam UMNO. Itu lebih berat daripada berdepan dengan kita (Pas),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob melepaskan 700 peserta yang menyertai Kota Bharu Fun Run 2018 di Dataran Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN