KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana broker hartanah haram yang kegiatan mereka semakin berleluasa di negara ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya difahamkan kini terdapat semakin ramai broker hartanah yang tidak berdaftar terutamanya dengan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) yang boleh menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penipuan terhadap pembeli dan penjual. “Saya agak kesal kerana sehingga kini tidak ada satu tangkapan…









