SEREMBAN – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan mahkamah terhadap pemilik harta di kawasan MPS yang didapati masih enggan menjelaskan tunggakan cukai taksiran dan kompaun mereka. Yang Dipertuanya Datuk Zazali Salehudin berkata, tunggakan bayaran itu melibatkan pembayaran cukai taksiran, kompaun lalu lintas serta kompaun berkaitan ubahan bangunan tanpa kebenaran, rumah semak samun, tiada lesen anjing, iklan tanpa lesen, rumah urut tanpa lesen, penjaja tanpa lesen dan…










