Tindakan tanpa kira kedudukan parti - Anwar - Utusan Malaysia

Tindakan tanpa kira kedudukan parti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar ketertiban proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung.

Presiden parti itu turut menegaskan tindakan tersebut perlu diambil tanpa mengira kedudukan pihak terbabit dalam parti.

“Arahan pimpinan adalah jelas menuntut sistem pemilihan yang telus, bersih dan adil. Semua undi hendaklah dikenal pasti dan dikira,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar dalam pada itu menyifatkan sebahagian besar proses pengendalian pemilihan parti itu sebagai telah diselenggara dengan memuaskan.

Walaupun begitu, beliau memberitahu, masih terdapat beberapa kecelaruan bersabit pelaksanaan sistem biometrik termasuk undi yang tidak dikesan.

“Perkara tersebut dapat ditangani dengan merujuk terus kepada tablet pengundi,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini