KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden MIC pada 20 Oktober ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Datuk Seri M. Saravanan dan bekas Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M. Ramasamy. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC, Tan Sri G. Rajoo mengumumkan keputusan itu selepas tamat proses penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli CWC penggal 2018-2021 yang berlangsung…










