Tiket final 
Piala Malaysia dijual Khamis ini - Utusan Malaysia

Tiket final 
Piala Malaysia dijual Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHANG aksi final Piala Malaysia semakin dirasai apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan sejumlah 72,000 keping tiket disediakan bagi menyaksikan perlawanan akhir antara Perak menentang Terengganu FC I (TFC I) yang mula dijual Khamis ini.

Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. berkata, kedua-dua pasukan telah diperuntukkan sebanyak 30,000 tiket bagi dewasa berharga RM50, manakala 750 tiket (RM5) kanak-kanak untuk menyaksikan aksi final di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

“Baki 10,500 lagi tiket termasuk 500 keping adalah untuk golongan kanak-kanak bawah 12 tahun dan ia akan dijual secara atas talian (online), namun platform dan masa jualan akan dimaklumkan kemudian sama ada menerusi www.tickethotline.com.my atau aplikasi e-dagang, Shopee,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, TFC I berjaya melangkah ke pentas final Piala Malaysia selepas menumbangkan kelab gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara agregat 3-2 Sabtu lalu, manakala Perak pula menyingkirkan Sabah dengan keputusan agregat 7-2 malam kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini