YANGON 26 Okt. – Mahkamah negara ini membenarkan tiga wartawan tempatan yang ditahan atas tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel tentang perbelanjaan kerajaan dibebaskan dengan jaminan. Ketua Pemberita akhbar swasta terbesar di negara ini, Eleven Media, Phyo Wai Win dan dua Penyunting, Kyaw Zaw Lin dan Nayi Min ditahan pada 10 Oktober lalu selepas aduan dibuat oleh kerajaan tempatan Yangon. Ketiga-tiga tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang melarang sebarang penyiaran maklumat yang boleh menyebabkan ketakutan atau bahaya dan boleh menyebabkan seseorang melakukan kesalahan atau mengganggu ketenteraman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya