Tiga warga Myanmar dipenjara seludup warga senegara - Utusan Malaysia

Tiga warga Myanmar dipenjara seludup warga senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 19 tahun dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 11 pertuduhan membabitkan penyeludupan migran, tahun lalu.

Selain Ciin Khawn Kim, Hakim Datuk Azman Abdullah turut menjatuhkan hukuman serupa terhadap dua lelaki rakan senegaranya, Awi Sian Lian, 33, dan Paw Za Khaii, 24, selepas mereka membuat pengakuan serupa.

Ketiga-tiga tertuduh juga akan diusir keluar dari Malaysia selepas tamat menjalani hukuman penjara yang diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 1 Jun 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd. Anas, kesemua tertuduh yang bekerja di sebuah restoran didakwa menyeludup 11 warga Myanmar berusia antara 11 hingga 20 tahun di sebuah premis beralamat No. 86A, Tingkat 1, Jalan Hang Kasturi di sini pada Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini