Tiga tokan dadah dicekup dalam rumah - Utusan Malaysia

Tiga tokan dadah dicekup dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Kegiatan licik sekumpulan tiga suspek lelaki menjalankan kegiatan mengedar heroin dan syabu di daerah Seberang Perai Utara di sini akhirnya terkubur apabila mereka diberkas di sebuah rumah di Sungai Puyu semalam.

Suspek berusia antara 34 hingga 50 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam Ops Tapis kira-kira pukul 6 petang.

Suspek terdiri dua beradik dan seorang lagi merupakan rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tangkapan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan polis berhubung kegiatan yang mencurigakan tiga lelaki terbabit.

“Pemeriksaan di dalam sebuah bilik rumah berkenaan telah menemui 15 peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin dan sepeket syabu.

“Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD dan hasil soal siasat mendapati mereka menjalankan kegiatan pengedaran di kawasan Sungai Puyu,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN