Tiga pegawai kanan PDRM bertukar - Utusan Malaysia

Tiga pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuat kuasa pada 26 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat, Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran jawatan itu membabitkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang memegang jawatan baharu iaitu sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Asmawati Ahmad
Asmawati Ahmad 

Ujar beliau, jawatan Mazelan pula akan diambil alih Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh.

“Selain mereka, turut terlibat dalam pertukaran ini iaitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang akan memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah MPV, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN