Tiga lelaki ditahan kerana menculik - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan kerana menculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Polis menahan tiga lelaki berhubung kes penculikan seorang lelaki warganegara India pada 16 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, S. Shanmugamoorthy berkata, kesemua suspek merupakan warga tempatan berusia lingkungan 31 hingga 40 tahun.

“Mereka ditahan di Sungai Pelek, Selangor dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, di sini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Shanmugamoorthy, mereka ditahan selama tujuh hari bermula 19 Oktober hingga 25 Oktober depan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan dengan niat untuk mengurung secara sulit dan salah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN