Tiga lelaki ditahan berhubung kes culik warga India - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan berhubung kes culik warga India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes penculikan seorang lelaki warganegara India pada 16 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, S. Shanmugamoorthy berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun.

“Mereka ditahan di Sungai Pelek, Selangor dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan ditahan selama tujuh hari bermula 19 Oktober hingga 25 Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan dengan niat untuk mengurung secara sulit dan salah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN