PONTIAN 16 Okt. – Sepasang suami isteri bersama-sama seorang anaknya disamun tiga lelaki warga asing rumah mereka di Taman Gembira, Rimba Terjun di sini pukul 3 pagi tadi. Dalam kejadian tersebut, pasangan tersebut sedang nyenyak tidur sebelum tiga perompak memecah masuk dengan memotong gerigi pintu masuk utama. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, ketiga-tiga mangsa kemudian diikat perompak yang bersenjatakan pisau dan parang. “Perompak meminta menyerahkan wang tunai dan barang berharga. Pisau pemotong dan parang digunakan kesemua suspek untuk menyamun mangsa yang dipercayai telah diikat tangan. “Penjenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya