KUALA LUMPUR 22 Okt. – Tiga beranak akhirnya dihukum penjara di Mahkamah Majistret Selayang di sini sebentar tadi atas pertuduhan mencederakan seorang jiran mereka dengan menggunakan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang, awal bulan lalu. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Rosliza Md. Isa, 31, yang merupakan ibu kepada dua anak manakala bapa dan adik lelakinya, Md. Isa Ismail, 63, dan Ros Iman, 26,…










