Tidak setuju senarai hitam PTPTN ditarik balik? - Utusan Malaysia

Tidak setuju senarai hitam PTPTN ditarik balik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, Apabila terbaca isu tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengesahkan sebanyak 429,945 peminjam kini bebas daripada disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen dan boleh keluar negara sejak awal Jun lalu, saya merasakan ini satu perkara yang mengarut.

Memang benar, tujuan untuk menarik balik senarai hitam ini adalah untuk meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda serta memberi peluang kepada mereka meluaskan skop pengalaman keluar negara.

Tetapi pada pendapat saya, dengan penarikan senarai hitam ini, anak muda lebih gemar untuk pergi bercuti tanpa perlu risau ditahan oleh Imigresen di lapangan terbang.

Hal ini menyebabkan mereka akan mengambil sikap sambil lewa dalam menunaikan tanggungjawab untuk membayar hutang.

Persoalan di sini, jika tiada lagi senarai hitam, konsistenkah peminjam PTPTN untuk membayar balik hutang mereka?

Adakah mereka akan menghabiskan duit untuk bercuti daripada membayar balik pinjaman mereka?

Disebabkan mereka, masih cukupkah dana PTPTN untuk terus memberikan pinjaman kepada peminjam yang baharu?

Akhir sekali, dengan adanya senarai hitam ini, pembayaran pinjaman akan diletakkan sebagai prioriti utama mereka untuk mengelakkan diri daripada dilarang keluar negara.

NUR SYAMEERA 
NURISHAM

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN