PULAU PINANG 22 Okt. – Kali terakhir Mohammad Khaliluddin bertemu adiknya adalah tujuh tahun lalu ketika adiknya mula-mula tiba di Malaysia.
Menurutnya, dia terlebih dahulu datang ke Malaysia 10 tahun lalu dan bekerja di Puchong, Selangor sebelum disusuli Md. Abdul Jalil tiga tahun kemudian.
“Sejak dia tiba dari Bangladesh, kami hanya berjumpa sekali sahaja dan hanya berhubung melalui telefon. Kali terakhir kami berhubung dua minggu lalu.
“Saya bekerja di Puchong manakala Md. Abdul Jalil yang memiliki dua anak bekerja di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang
Tambahnya yang berasal dari Satkhira, Bangladesh, mayat adiknya dikenal pasti melalui kecacatan kaki kiri adiknya itu.
Jelas Mohammad Khaliluddin, dia kuga berkongsi gambar adiknya dengan ibunya di Bangladesh bagi menguatkan lagi pengecaman. – UTUSAN ONLINE











