Tian Chua tegur JPP PKR - Utusan Malaysia

Tian Chua tegur JPP PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Calon Naib Presiden PKR, Tian Chua menegur kelemahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dalam menguruskan pemilihan parti itu sehingga menyebabkan beberapa proses pengundian di sesetengah tempat terpaksa ditangguhkan selain keputusan tidak dapat dimuktamadkan.

Bekas Ahli Parlimen Batu tersebut berkata, masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana bukan kali pertama pemilihan parti diadakan.

“Sebagai contoh, pemilihan di Cabang Pandan, kita sudah tahu ahli parti di kawasan bandar ramai. Sepatutnya JPP boleh menggunakan beberapa lokasi untuk mengadakan pemilihan dan bukan hanya menggunakan satu lokasi sahaja.

“Ini menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang sementara menunggu giliran untuk masuk ke dewan bagi mengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pengundian Cabang Pandan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Cempaka, di sini sebentar tadi.

Katanya sebarang penangguhan merugikan ramai pihak termasuk calon dan pemimpin PKR yang terpaksa menghabiskan banyak masa hanya untuk menyelesaikan pemilihan parti.

“Hari ini difahamkan pemilihan di Cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan akibat masalah capaian Internet. Ini yang saya maksudkan yang mana JPP seharusnya memastikan masalah ini tidak berulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN