Tian Chua lega, akui tidak mudah memenangkan Anwar - Utusan Malaysia

Tian Chua lega, akui tidak mudah memenangkan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. – PKR mengakui kemenangan besar yang dikecapi Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson semalam bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan.

Walaupun menjangkakan bakal Perdana Menteri kelapan itu akan kembali ke Parlimen melalui PRK berkenaan, namun parti itu tidak pernah mengimpikan jumlah majoriti yang diperoleh adalah sebesar 23,560 undi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, tugas untuk memenangkan Anwar adalah satu tanggungjawab yang amat berat kerana ia adalah gerak kerja untuk memastikan beliau selamat kembali menjadi wakil rakyat.

“Itu satu perkara yang kita gembira dan sudah dijangka. Saya lega dan berpuas hati dengan keputusan yang cukup baik. Saya nampak kita telah menang dengan angka yang cukup meyakinkan.

“Memang kita jangka akan menang cuma PRK ini melibatkan banyak gerak kerja. Ini yang kita telah lepasi, satu tugasan yang berat dan Anwar selamat kembali ke Parlimen. Satu langkah yang besar dan penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Pemilihan PKR bagi Cabang Kelana Jaya di Kompleks 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN