Tiada urus janji wang bagi pemimpin UMNO masuk Bersatu - Utusan Malaysia

Tiada urus janji wang bagi pemimpin UMNO masuk Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (Bersatu) tidak melakukan sebarang urus janji dengan anggota Parlimen dari UMNO, termasuk menawarkan kepada mereka wang untuk melompat parti.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu, malahan berkata, “kami telah menetapkan bahawa untuk menyertai Bersatu, mereka hendaklah meninggalkan UMNO, menjadi ahli bebas untuk satu tempoh dan hanya selepas itu boleh memohon menjadi anggota parti kami”.

“Sekiranya didapati sebarang elemen rasuah dalam perkara ini, anda disambut baik untuk melaporkannya dan kita akan ambil tindakan. Setakat ini, tiada melibatkan wang,” kata Mahathir bila ditanya sama ada terdapat elemen rasuah apabila pemimpin UMNO melompat ke Bersatu atau berhasrat berbuat demikian.

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed Mustapa menyertai Bersatu pada 26 Oktober, selepas bertindak keluar dari UMNO pada 18 September.

Kira-kira 40 ahli UMNO dikatakan bertemu Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat mereka untuk menyertai parti berkenaan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN