KLANG 10 Okt. – Fenomena air pasang besar yang berlaku awal hari ini tidak menyebabkan banjir di daerah ini mahupun menjejaskan kawasan pantai di Selangor. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata bagaimanapun hujan lebat semalam menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Delek Kiri, Kampung Delek Kanan dan Kampung Delek Baru yang turut menyaksikan 11 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Telok Pulai, Klang.…










