KUALA LUMPUR – Ganja atau kanabis tidak boleh digunakan dalam bidang perubatan dan tiada bukti penggunaannya mampu merawat penyakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Dr Lee berkata, bahan itu tidak pernah diiktiraf sebagai ubat rawatan untuk penyakit kanser ataupun penyakit lain. “Memang ganja tidak boleh digunakan untuk perubatan dan ia tidak diiktiraf sebagai ubat untuk rawatan kanser atau apa-apa penyakit lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan…










