Tiada ancaman serius di Sabah - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Tiada ancaman serius di Sabah – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Keadaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) setakat ini adalah stabil dan tiada ancaman baharu yang serius di kawasan itu, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Katanya, pasukan keselamatan yang menggabungkan kesemua tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia (APMM) juga dalam kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua operasi biasa sahaja dan pihak pasukan keselamatan kita telah mengawal begitu baik.

“Saya berpuas hati dengan siap siaga mereka (pihak keselamatan) dan suasana di Sabah ini aman dan tenteram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat operasi daripada Panglima Markas 13 Briged (Esscom) Kem Cenderawasih Felda Sahabat, Datuk Hamdan Ismail dekat sini, hari ini.

Mohamad yang diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dalam rangka lawatan kerja dua hari sejak semalam di sekitar kawasan operasi di Tawau, Semporna dan Lahad Datu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN