Thomas Fann dilantik Pengerusi Bersih 2.0 - Utusan Malaysia

Thomas Fann dilantik Pengerusi Bersih 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pengerusi Engage dan aktivis Tindakan Masyarakat Mengenai Kehilangan Secara Paksaan (CAGED), Thomas Fann dilantik sebagai mengetuai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini.

Thomas Fann
Thomas Fann 

Thomas yang menggantikan Maria Chin Abdullah dan Datuk S. Ambiga berkata, beliau dan jawatankuasa Bersih 2.0 memberi jaminan akan terus bertindak sebagai pengawas yang terbaik dalam menyuarakan hak rakyat di negara ini.

Katanya, beliau tidak akan sesekali takut untuk menyuarakan sebarang perkara atau bersifat memihak bagi memastikan kesemua institusi negara bebas dan diberi kuasa demokratik.

“Perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersih kekal relevan jadi matlamat kami adalah untuk melaksanakan amalan terbaik antarabangsa dalam prosedur demokrasi.

“Memandangkan kerajaan baru telah menjanjikan pembaharuan yang luas, Bersih 2.0 akan terus memantau proses itu dengan melibatkan semua badan dan pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Thomas berkata, politik dan demokrasi yang bersifat matang sebenarnya membenarkan pihak pembangkang untuk turut sama bersaing dan memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan hari ini.

“Kami menyedari hakikat bahawa untuk demokrasi menjadi bersemangat dan matang, mesti ada padang yang rata untuk semua ahli politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN