The Star diberi 24 jam mohon maaf - Utusan Malaysia

The Star diberi 24 jam mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Akhbar The Star perlu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana mengambil kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof di luar konteks sehingga memberikan impak negatif terhadap Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Setiausaha Akhbar kepada Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli berkata, tindakan lebih tegas akan diambil jika permohonan maaf itu tidak diterima dalam tempoh 24 jam.

“Saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam tempoh 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini