IPOH – Menjelang pertemuan Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini, Perak mengakui Terengganu bukan lawan mudah kerana skuad Penyu itu dibarisi ramai pemain yang cemerlang. Namun, pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata itu tidak bermakna anak buahnya akan memberi laluan mudah. “Ia akan menjadi satu perlawanan yang menarik,” janjinya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan skuad The Bos Gaurus di Stadium Perak, di sini hari ini. …










