Terpedaya, suri rumah rugi RM40,000 - Utusan Malaysia

Terpedaya, suri rumah rugi RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 24 Okt. – Termakan pujukan kenalan dari United Kingdom, seorang suri rumah kerugian RM40,000 dalam modus operandi penipuan parcel di Bintulu dari 8 Oktober hingga semalam.

MUSTAFA KAMAL GANI ABDULLAH
MUSTAFA KAMAL GANI ABDULLAH 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa tersebut berusia 43 tahun berkenalan di Facebook dengan seorang lelaki bernama Omar Ahmad dikatakan dari United Kingdom.

Katanya, selepas mereka berbalas pesanan di Facebook, lelaki itu mahu mengirimkan hadiah sebagai tanda perkenalan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menerima panggilan beberapa hari kemudian daripada seorang perempuan yang memberitahu dia perlu membayar RM4,500 untuk penghantaran bungkusan hadiahnya.

“Bukan itu sahaja, mangsa juga diminta membayar RM18,500 ke akaun bank kerana bungkusan itu mengandungi wang sebanyak 25,000 pound sterling dan perlu dibawa ke Bank Negara untuk pertukaran,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa juga membuat sekali lagi pembayaran sebanyak RM17,000 ke dalam akaun bank diberikan untuk proses pertukaran.

“Ia tidak berhenti di situ, mangsa pada 20 Oktober membayar sebanyak RM5,030 untuk menutup kes polis supaya tidak disiasat.

“Akhir sekali, semalam suspek meminta wang tambahan sebanyak RM5,000 namun mangsa memaklumkan tidak mempunyai duit dan selepas itu tersedar sudah ditipu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini