Terima cabaran, telan kepahitan - Utusan Malaysia

Terima cabaran, telan kepahitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
WAHAI orang Melayu dan ahli UMNO yang mendukung dan mencintai parti keramat ini! Jangan persiakan semangat juang anda yang tinggi itu.

Kenangkanlah betapa perit getirnya untuk menubuhkan parti ini oleh pejuang-pejuang terdahulu. Mereka semuanya orang yang hebat belaka mewakili seluruh bangsa Melayu dan bumiputera.

Satu ketika dahulu UMNO dan Barisan Nasional berkedudukan di atas sebagai pemerintah, kini berada di bawah pula sebagai pembangkang! Jangan berasa kecewa berlebih-lebihan.

Ambillah cabaran situasi seperti ini untuk menelan segala kepahitan yang ada bagi mengukuh dan menyusun semula strategi parti. Bukannya bertempiaran lari bawa diri masing-masing untuk menyelamatkan diri di luar UMNO.

Kejadian keluar parti membuktikan mereka ialah ahli UMNO yang pentingkan diri sendiri dan bukannya orang UMNO sejati. Orang UMNO tidak akan berganjak sedikit pun daripada agenda perjuangan sebenar.

Marilah kita semua bangkit kembali, bersama mengatur langkah yang padu.

PANGLIMA HITAM
Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN