Tergamam lihat tanah bergerak - Utusan Malaysia

Tergamam lihat tanah bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Beberapa pekerja binaan warga asing­ yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus dekat Relau semalam ke­takutan dan sedih membayangkan nasib rakan-rakan mereka yang masih tertimbus dalam kejadian tersebut.

Mohammad Jashim Hussein Ahmad, 27, seorang pekerja warga Bangladesh berkata, semasa kejadian dia sedang memasang besi di tapak projek Jalan Berkembar Paya Terubong tetapi ketika mahu mencapai sebatang besi lain dia tergamam melihat tanah di bahagian atas bergerak dan disusuli bunyi bising.

“Dalam satu minit sahaja, tanah itu menimbus lapan rakan saya yang berada di dalam kontena. Saya tidak tahu mereka hidup atau mati,” kata lelaki warga Bangladesh itu ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN