SERDANG – Tragedi enam anggota bomba mati lemas ketika melakukan operasi menyelamatkan seorang remaja lelaki, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azam, 17, yang tergelincir semasa memancing di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor kelmarin dipercayai berlaku akibat terbelit tali di dasar air. Insiden terbelit tali pada pukul 9.15 malam itu pula dikatakan berpunca daripada pusaran arus deras disebabkan hujan lebat di kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota berkenaan.…










