PORT DICKSON 8 Okt. – Calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mengingatkan anggota tentera yang terlibat dengan pengundian awal esok agar tidak terikat dengan mana-mana parti politik untuk memperjuangkan nasib mereka. MOHD. NAZARI MOKHTAR Menurut beliau, anggota badan beruniform juga mempunyai hak demokrasi yang perlu diraikan dan ia tidak seharusnya dipengaruhi mana-mana pihak. “Saya tahu kesetiaan mereka adalah kepada pemimpin dan kerajaan, namun saya ingatkan kepada rakan-rakan tentera,…










